Wednesday, 20 December 2006

Kenapa Solat Tak Kusyuk?


Jawapan: Tidak khusyuk dalam sembahyang mempunyai beberapa makna:

1. Tidak khusyuk kerana seseorang itu banyak bergerak ketika bersembahyang seolah-olah dia bukan berada di dalam sembahyang, seperti menggaru-garu badannya, melihat jam, berpaling, membetulkan serbannya dan lain-lain seperti yang banyak kita lihat. Semua ini adalah pergerakan yang membatalkan sembahyang kerana ia sia-sia, tidak lahir dari seorang muslim yang mahu menghadap Tuhannya dengan hati dan seluruh fikirannya, juga tidak lahir dari seorang muslim yang menghormati sembahyang, merasa dan sedar akan nilainya.

2. Tidak khusyuk kerana pergerakan yang sedikit sahaja, fikiran melayang atau hati tidak hadir dalam sembahyang. Walaupun ini tidak membatalkan sembahyang, tetapi ia menghilangkan rohnya. Roh sembahyang adalah khusyuk, dan Allah pernah berfirman: 'Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk di dalam sembahyang mereka.' (Al-Mukminun: 1-2) Justeru itu khusyuk ada dua jenis iaitu khusyuk hati dan khusyuk anggota badan. Khusyuk hati ialah menghadirkan penjagaan Allah Taala dan kebesaran-Nya, meneliti makna aI-Quran serta apa yang dibaca dan didengar atau zikir-zikir yang disebut, makna takbir dan tasbih, makna 'Allah mendengar orang yang memujinya' dan sebagainya.

"When the call to prayer is made Shaytan retreats, passing wind, so that he will not hear the adhan. When the adhan is completed he comes back, until, when the iqama is said, he retreats again. When the iqama is completed, he comes back, until he comes between a man and his self and says, 'Think of such and such, think of such and such,' which he was not thinking about before, until the man does not know how much he has prayed."

No comments: